LAMAN UTAMA

 SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH JAYA

Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya  merupakan sebuah sekolah gred B yang terletak di Taman Pauh, 13500 Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah                                              (No. Telefon : 04-3976139 ).  Sekolah ini kini dianggotai oleh  79 orang guru dan 8 orang staf sokongan serta  enrolmen murid seramai 1291 orang yang terdiri daripada kaum  Melayu hampir 100%. Visi ke arah SK Pauh Jaya Cemerlang 2015 dan iltizam untuk  melahirkan insan yang bertanggungjawab terhadap keluarga, agama, bangsa dan Negara merupakan wadah perjuangan kami yang memerlukan komitmen begitu besar sekali daripada semua warga.  Pencapaian cemerlang dalam UPSR tahun 2010 membuktikan  usaha gigih oleh warganya dan kini SK Pauh Jaya meraih kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai bidang.